Tuan-Puan Mahu Pengendali Kursus Pengurusan Kewangan, Pelaburan & Harta Pusaka Untuk Organisasi?

AFIQ Training & Advisory dapat menawarkan khidmat ceramah & latihan, khusus dalam bidang wealth management & Islamic finance seperti tajuk-tajuk berikut:

  • 6 Tabungan Asas Yang Mesti Dibuat Oleh Setiap Pekerja
  • Persediaan Menghadapi Persaraan Untuk Bakal Pesara
  • Pusaka & Faraid; Harta Suami adalah Harta Isteri ?

Atau, tuan-puan dapat cadangkan tajuk kewangan & pelaburan yang bersesuaian untuk keperluan organisasi tuan.

Bermula dari ceramah 90 minit sehingga tailor-made workshop untuk keperluan organisasi tuan.

Sila terus hubungi kami menerusi borang berikut:

Hubungi Kami
Verification code

.

Sekiranya tuan mahu berhubung dengan cara urusan surat menyurat & telefon, maklumatnya adalah seperti berikut:

AFIQ Training & Advisory (2068824-V)
Level 32, Menara Prestige
1 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Telefon: +603-92079780
Fax: +603-92079788

Konsultan AFIQ Training & Advisory

Suzardi Maulan, IFP.
Licensed Financial Planner

Berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan peribadi dan kewangan Islam sejak 2005, dan kini merupakan konsultan prinsipal untuk AFIQ Training & Advisory.

Pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik Shariah-produk di Bank Islam Malaysia Berhad. Berkelulusan LLB dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia & mempunyai sijil profesional Islamic Financial Planner (IFP) yang dikeluarkan oleh Islamic Banking and Finance Institute (IBFIM) dan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM).

Selain itu beliau juga merupakan Social Influencer BursaMarketPlace.com yang merupakan platform di bawah Bursa Malaysia dan sering dipanggil untuk memberikan bengkel, latihan atau seminar dalam pelbagai organisasi seperti Bursa Malaysia, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Securities Industry Development Corporation (SIDC), Bank Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Utusan Malaysia dan lain-lain.

grav15e

Suhaida Mahpot
Konsultan (Shariah Advisory)

Berpengalaman 10 tahun dalam industri Perbankan dan Kewangan Islam, khusus dalam bidang pasaran modal Islam, perbankan Islam, pengurusan aset Islam, Shariah equities screening, Shariah compliance review & advisory di dalam dan luar negara. Pernah berkhidmat selama 7 tahun di Amanie Advisors, sebuah firma penasihat kewangan Shariah antarabangsa dengan jawatan terakhir sebagai Deputy Managing Director (pejabat Kuala Lumpur).

Sehingga kini, masih aktif berkhidmat sebagai Partner kepada Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Shariah Scholar tersohor dalam industri kewangan Islam untuk produk-produk kewangan pasaran modal Islam, khususnya penerbitan Sukuk.

Berkelulusan ijazah Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelatih di program Capital Market Graduated Trainee Scheme, program di bawah Suruhanjaya Sekuriti sebelum berkhidmat di Affin Investment Bank Berhad dan juga Amanie Advisors Group.